Friday, April 30, 2010

Saya perlu rasa malu...


Photo by: www.flickr.com/photos/mrlee_1979...9671329/

Saya hanya membacanya dari suratkhabar, mendengarnya melalui TV dan radio. Sesekali mendapat kiriman emel. Cerita-cerita sungguh sensasi. Berita-berita yang diterima juga sangat ekstrim. Terfikir juga saya, betul ke sampai begitu sekali? Kerana terlalu ekstrim pada sudut pandangan saya sendiri, adakalanya hati saya terdetik…”Eh, macam tak logik…!”

Satu hari saya berhadapan dengan bukti yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Bukan superimposed, bukan dibuat-buat, tapi sememangnya original. Di depan saya seorang ibu yang sedang lemah longlai, terkejut dan sedih. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Dia menunjukkan kepada saya telefon bimbit anak lelaki remajanya. Di dalamnya penuh dengan gambar teman wanitanya, seorang gadis yang comel, perwatakan lembut, dan saya jamin, jika bertembung dengan gadis ini, kita tidak akan menyangka walau sedikitpun di sebalik personalitinya yang lembut, comel, manis dan bertudung , dia mempunyai satu lagi personaliti yang sama sekali berlawanan. Ada gambar bertudung, ada gambar tidak bertudung. Ada gambar berseluar pendek, sengaja berposing menampakkan pehanya, lengannya, lehernya…dan…paling berani…bahagian dadanya…bahagian yang sepatutnya terletak sebahagian besar rasa MALU pada diri seorang perempuan…apatah lagi menunjukkannya dengan penuh gaya untuk tatapan teman lelaki, yang baru dikenalinya SEBULAN!

Ibu remaja lelaki ini berkata kepada saya, “Puan, saya ingatkan apa yang saya rasa tentang sikap anak lelaki saya sudah teruk, tetapi saya rasa kalaulah emak budak perempuan ni tahu apa yang dia dah buat, saya rasa dia akan lebih terduduk dari saya, anak saya lelaki, anak dia perempuan…”

Memang benar, dalam hati saya juga terdetik, “Kesiannya emak budak perempuan ni….pasti luluh hati jika mendapat tahu…” Saya amat pasti, ibunya 100% tidak akan percaya anak gadisnya sedemikian.

Di mana silapnya? Nilai malu sudah tidak ada harga lagi. Nilai aurat lansung tidak relevan dengan tudung yang dipakainya. Di titik manakah dalam hidupnya, rasa malu itu mulai hilang…dan terus luput dalam dirinya…Bilakah dia mulai hilang rasa malu? Bila rasa malu sudah tiada, semua kesedaran diri juga turut hilang, suara hatinya turut hilang, daya imaginasinya ke arah keTuhanan juga hilang. Nafsu mula menguasai diri dan akal.

Otak kepala saya bertanya 1001 persoalan – kenapa, mengapa? Bagaimana boleh jadi begitu? Adakah itu budaya di kalangan pelajar sekolah hari ini, budaya yang menular secara senyap dari seorang pelajar ke seorang pelajar, yang menular tanpa disedari oleh guru-guru, apatah lagi oleh ibubapa? Budaya personaliti yang berbeza-beza? Di depan ibubapa personaliti A+++, di belakang kita, personaliti yang sama sekali berlawanan.

Anak lelaki pun saya ada, anak perempuan pun saya ada... Cabaran terasa bukan sebarangan beratnya!

Selama ini saya fikir, rasa malu bagai suatu perkara yang diketahui semulajadi, tetapi hari itu saya tersedar bahawa malu perlu diajar dan dipelajari secara khusus dan formal. Anak-anak dan kita perlu tahu bahawa malu itu sebahagian dari iman. Sebagai ibubapa, kitalah yang mesti menanam rasa MALU secara mendalam dalam diri mereka, sedalam-dalamnya - perlu seawal mungkin, sejelas mungkin. Mereka perlu betul-betul faham makna malu, prinsip malu, akhlak malu dan di mana tempat sebenar rasa malu itu perlu diletakkan – perlu ada rasa malu selagi mana ianya dapat menguatkan iman kepada Allah. Maklum sajalah, kita sentiasa diuji oleh nafsu, dan hanya rasa MALU yang dapat mengawal nafsu kita itu.

Malu itu rupanya separuh dari iman. Pesanan bernada sindiran dari Rasulullah...

“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.”

Hadis riwayat lmam Bukhari.
(Rujukan Hadis ke-20, klik untuk Hadith 40)


Malu pada Allah bila meninggalkan solat, meninggalkan puasa dan lain-lain rukun yang lima.
Malu pada Allah bila solat main-main, tangguh-tangguh, ringan-ringan…
Malu pada Allah bila berbohong, mencuri, dan melakukan dosa..
Malu bila terbuka auratnya…
Malu bila berpegang-pegangan dengan bukan muhrim…
Malu bila melawan ibubapa…
Malu bila gagal menahan rasa marah…
Malu bila terjerit-jerit…
Malu bila ketinggalan dalam ilmu pengetahuan…
Malu bila tiada keberanian bersuara mempertahankan pendapat dan pendirian yang betul…
Malu bila diri sendiri tidak berusaha dengan potensi diri yang sebenar…
Malu bila tidak meletakkan malu ditempatnya yang sebenar…

Jangan pula...
Malu bertanya guru di kelas kerana kawan-kawan semuanya tidak bertanya takut pula dikata tidak tahu...
Malu bersuara kerana tidak yakin akan diterima...
Malu mencuba kerana takut gagal, malu membetulkan yang salah kerana bimbang tidak popular
Malu meminta diri untuk solat kerana takut diperli oleh kawan-kawan….

Saya berdoa, janganlah sekali-kali mereka hilang rasa malu pada diri sendiri, sehingga orang lain turut hilang malu pada mereka….sehingga maruah diri juga turut hilang nilainya…

….sayang…kita perlu rasa malu…itulah hijab kita…

Thursday, April 22, 2010

The free time, the first time, the last time…

Dalam 2-3 minggu ini, anak-anak memang asyik kena tinggal memanjang. Minggu lepas, habis saja tugas saya di JB, keesokan harinya Pak Engku pula ke Kuantan. Budak-budak mula bising terperok di rumah. Jadi petang itu, kami beri mereka kejutan. Pertama, menonton wayang yang mereka telah lama inginkan – “How to train your dragon?”; kejutannya ialah menonton versi 3D. Keduanya, membawa mereka menginap semalam di Boulevard. Sebenarnya, kami tahu, tayangan 3D selalunya lewat malam, jadi kerana malas balik ke Puchong malam-malam begitu, menginap di Bolevard lebih memudahkan. Kami pun agak letih “travel” ke sana- ke sini…ambil peluang sama untuk berehat.


Amni…enjoying her juice at the Executive Lounge..

Bilik amat selesa sekali, makanan, sandwich, buah-buahan, kek dan pastri ada disediakan di Executive Lounge dari pukul 3 petang hinggalah 8 malam. Free flow of coffee dan jus pula sehingga 11 malam. Apalagi….perut kenyang…hati senang…makan…rehat….jalan-jalan sekitar mall….minum….rehat…memang menyeronokkan…. menajamkan gergaji lagi!


Ada le yang Amni teringin nak beli tu…punyalah besar Mid Valley, MPH jugak yang dia nak pergi 2-3 kali…petang dah pergi, malam ajak pergi lagi…


Leka dah…nak beli yang mana satu?
Kenalah sabar menunggu dan melayan, walau mata dah naik mengantuk menunggu…
she is very important to me, so, this activity becomes so much important to me, too…



Nisha pulak leka di bahagian lain...


Pemandangan pagi dari tingkat 26, matahari baru nak naik,
cahayanya tempias ke KLCC dan Menara KL.


Happy bila tengok si kecik ni happy…
Berbaloi-baloi…
(Teka…kat mana si Nisha?)




Amni dan bento box nyer…
Lunch sebelum ke kelas Tae Kwondo,

muka pun dah monyok sebab dah nak balik…

Tapi yang paling mengujakan kami ialah wayang yang kami tonton…BEST sungguh, jalan cerita, nilai-nilai murni, kesan-kesan khas… Banyak sungguh AHA! Moments…

Antara yang saya suka ialah ketika Hiccup mengajar dragon-nya “Toothless”. Apa yang boleh dipelajari? Rupanya tidak mustahil mengajar dragon yang ganas (atau orang yang “ganas” = garang, ego, sombong, keras kepala, ditakuti etc.), jika tahu caranya dan bijak melakukannya:
  1. Jadilah pemerhati yang setia – setiap dari kita ada soft spot-nya!
  2. Rajin ambil nota – kita mudah lupa!
  3. Adakalanya pendekatan bijak sangat membantu – be smart!
  4. Untuk berjaya dengan signifikan – mesti tahu merancang dan berani melaksanakannya!
  5. Setiap kita ada bakat-bakat yang tersembunyi, dan kekuatan yang luarbiasa – unleash that potentials!
  6. Jangan sekali-kali memperkecilkan anak-anak, dan jangan terlalu melindungi mereka.
  7. Yakinkan mereka sehingga mereka percaya dengan diri mereka sendiri.

Banyak dialog yang amat saya suka terutamanya sewaktu Hiccup tidak mahu membunuh dragon ketika upacara kemuncak yang akan menjadikannya seorang Viking sebenar. Keengganannya telah memalukan ayahnya sehingga ayahnya tidak mengakunya anak lagi. Hiccup sangat kecewa dan berasa rendah diri teramat sangat. Dalam perbualannya dengan Astrid, dia mengeluh:

“You know...I am the first Viking who couldn’t kill a dragon…in 300 years!!!” (kesian sungguh Hiccup ketika itu…)
Dan apa jawab Astrid? “But…the first one who is right…”

Saya suka sangat dengan jawapan Astrid ni. Dialog itu melekat di fikiran saya…be the first one who is right! Selalunya kita lebih mudah inginkan popular berbanding mahu menjadi orang pertama yang melakukan perkara yang betul, walaupun tindakan itu mungkin tidak popular? Contoh terbaik, Rasulullah…semua kaumnya menyembah berhala, tetapi Rasulullah tidak. Beliau merupakan yang pertama dari golongan keluarganya yang tidak mahu menyembah berhala….sejak bertahun-tahun. Tindakan Baginda ini betul, tetapi menjadikan beliau sangat tidak popular, dicemuh, dibenci, sehingga hendak dibunuh….

Selalunya, bila kita melakukan yang betul, ramailah juga yang mengata. Sebab itu ramai beranggapan lebih mudah mengikut saja, walaupun kita tahu salah, semua kerana kita tidak tahan dikata-kata, disindir-sindir. Paling penting tidak mahu di kata memandai-mandai…. Tetapi, jika tiada sesiapa yang berani membawa perubahan….maka hidup lah kita dalam kejahilan selama-lamanya, sengetlah kita berjalan selama-lamanya.

Menjadi yang pertama, perlukan keberanian, kecekalan dan ilmu pengetahuan. Adakalanya perlukan kekuatan terutama jika perlu keluar dari comfort zone. Teringat pula tagline Emirates Airlines:

“When was the last time you do something for the first time?”

Hmmm….bila ye?

(Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru...sentiasa fikirkan, what will I do differently, today?)