Sunday, November 25, 2012

The reasons!

The vow.
Love the movie, love the quote.

"I choose to stay with him for all the things that he did right and not leave him for one thing that he did wrong."

People make mistakes. Forgive and move on. Let go the feelings. Don't hold grudges.  It doesn't make sense to sacrifice the future to live in the past. It's just not worth it.

In the end, we are the products of our own choices.  Always choose to forgive and forget.  It's healthier that way.

I make it my vow!

Saturday, October 27, 2012

Beyond qorban...

Cinta kerana Allah.

Jika mendapat pahala biarlah sama-sama mendapat pahala.  Jika ianya mencari redha Allah, biarlah sama-sama mendapat redha Allah.  Bila hati bersatu, ianya patut bersatu di jalan Allah.

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar...gagalkah melihatnya dengan mata hati? Moga Allah kasihankan kamu!!

Semua itu pilihan kita, bukan keterpaksaan. Bukan bebanan.
Adakalanya mudah meneka yang tersirat dalam yang tersurat. Hati jadi pilu...
Namun itupun yang Allah mahu, berkorban perasaan bukan hanya berkorban lembu...

Bagai ada terselit teguran Allah untuk dihayati dan difahami...
Apa yang dipelajari dari ibadah qorban?  Adakah tidak kamu pelajari apa-apa?

Menghulurkan duit untuk tujuan qorban...lebih mudah....
Berbanding mengorbankan ego dalam diri....
Mengorbankan nafsu, mengorbankan air muka...susah ya amat!

Semakin mudah berqorban lembu, rupanya Allah mahu pengorbanan yang lebih mendalam di jiwa, di hati, di akal...

Jika di padang Arafah, jamaah Islam bersatu dan berkumpul, berzikir dan berdoa penuh kerendahan hati, namun jauh dari Arafah, ramai yang tidak menyedari hati terpisah dek kerana amarah dan ego.  Sudahlah begitu, tidak pula terfikir dan terperasan...terus-terusan buta mata hatinya.

Malah tidak terfikir pula untuk bermuhasabah...
Sudah cukup baikkah bila sudah mampu berqorban lembu satu bahagian?

Gagalkah memahami maksud...hablumminallah, hablumminannas...
Andai hati gagal berfikir dari pandangan hidayah...
Tidak terfikirkah mengapa sebabnya?

Bila orang sudah berupaya bersolat, maka diuji dengan sukarnya khusyu'...masih terbelenggu dengan was-was...tidak terfikir mengapa?

Bila orang sudah mudah berpuasa, maka diuji melebihi lapar dan dahaga...puasa masih tidak dapat menundukkan api marah dan ego...tidak terfikirkah apa silapnya?

Bila orang sudah mampu berqorban, maka diuji dengan kegagalan mengorbankan perasaan dan keegoan. Ah, kita sentiasa betul! Dia yang salah! Biar dia rasa!
Tidak mustahilkah kita mungkin juga ada silapnya?

Menyelami nilai ibadah qorban itu sendiri, sepatutnya ego tidak bermakna lagi...
Zuhudkah?  Insafkah? Atau sekadar kita sudah mampu dan berduit?

Tapi dari siapa duit itu datang?  Adakah kita rasa duit itu semata-mata dari usaha kita? Lupakah Allah yang memberi rezeki? Aduh, moga Allah kasihankan kamu!

Esok lusa bila mati...bukan boleh berjalan kaki sendiri ke kubur....
Setakat manalah sombong dan ego kita tu....

Sekadar mengingatkan...
Jika boleh terfikir, alhamdulillah Allah telah beri hidayah.
Jika makin marah, moga Allah kasihankan kamu!


Friday, October 12, 2012

Tips mengelakkan duit siling bersepah-sepah.

Ada pengalaman yang sama?

Duit siling bertabur sekitar rumah...dalam mesin basuh, atas almari, di sinki tandas, di sofa, atas meja kopi, tepi TV, atas lantai, di porch....

Kalau 50 sen, ringan juga tangan mengutipnya, tapi bila 5 sen sana sini...mula terasa remeh...

Bila dah dikutip, tak tahu pula nak diletak di mana.  Sebab?  Sebab malas nak masukkan ke dalam beg duit.  Jadi, letak mana sempat.  Akhir-akhirnya hilang entah ke mana...

Satu hari, suami bawa balik tabung, "Lepas ni, duit yang sepah-sepah tu masuk sini je!"

Senang bila ada tabung ni...
Bila tetamu datang boleh jemput berderma sekali...
Bila anak-anak ada lebihan duit belanja,
boleh galakkan meraka masukkan
ke dalam tabung ni...
Bila handbag penuh siling dan berat,
masuk dalam ni...





























Idea yang sangat-sangat brilliant!

Suami beli di gerai depan masjid waktu solat Jumaat.  Kalau anda pun mahu satu, boleh layari www.amanpalestin.net

Hubungi mereka untuk tahu kedai terhampir yang jual tabung tu.  Nak menderma bulanan dengan kad kredit pun boleh.  Nak guna on-line banking pun boleh.  Tak payah susah-susah, tak payah keluar rumah.

Lepas ni, pasti lebih mudah nak beristiqamah dalam bab derma ni.
Jangan istiqamah bab bayar Astro saja...kan...kan...

Semoga Allah permudahkan!

Thursday, October 11, 2012

Another type of Malaysian...

Hari itu saya terkejar-kejar. Banyak sungguh perkara yang perlu diurus untuk persediaan minggu depannya.  Bulan ini, hampir setiap minggu saya ada tugasan di luar kawasan, anak-anak pula sedang sibuk menghadapi peperiksaan, dari yang di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga yang di kolej.  Jadi, banyak yang perlu di urus dan disusun agar semuanya lancar walau saya tiada di rumah.

Jadi semua "to-do-list" saya susun supaya mudah saya memandu ke sana-sini.  Menjelang tengahari, saya masih di Shah Alam sedangkan saya perlu ke KLIUC di Bangi membayar yuran kolej Zaid.  Jam di tangan sudah pukul 12.00 tengahari, dan saya tak pasti samada kaunter bayaran tutup pukul 12.30 tgh atau buka sepanjang waktu lunch.  Memandangkan ianya hari Jumaat, jika tutup, pasti hanya akan dibuka semula pada pukul 2.00 petang.   Saya agak stress sebab pukul 1.00 petang perlu berkejar untuk urusan yang lain.  Kalau kaunter tersebut tutup, habis bercelaru jadual saya yang seterusnya.  Tapi saya pergi juga, dalam hati berharap kaunter tidak tutup.

Bila sampai, dari jauh saya ternampak satu notis di pintu masuk ke kaunter bayaran.  Dalam hati sudah boleh terfikir notis itu pasti memberitahu bahawa kaunter ditutup dan waktu ianya dibuka semula.  Bila saya sampai di situ...memang betulpun...kaunter ditutup pukul 12.30 tgh hingga 2.00 ptg.  Jam menunjukkan pukul 12.45 tgh.  Saya terlewat 15 minit!  Nak marah pun tak boleh, nak tension pun tak boleh.  Jika itu peraturannya, maka saya yang perlu memahami.  Saya tahu saya lambat dan berpatah balik.  Hampir 100 meter saya berjalan dan sudah hampir mahu menuruni tangga, tiba-tiba saya terdengar seseorang memanggil saya, "Kak!"

Saya menoleh, "Kakak nak bayar yuran ke?" 
"Ya..."  Dalam terpinga-pinga saya menjawab.
"Boleh la, kak.  Akak pergi ke kaunter semula, nanti saya tolong, saya pun ada kat dalam lagi sebenarnya."

Dalam hati...syukur...syukur...lega sungguh.  Tak perlulah saya balik dan datang semula kali kedua.  Saya pasti dia tak tahu bagaimana dia sudah memudahkan saya yang amat sangat.  Saya pulak sangat kagum dengan kesungguhannya untuk membantu.  Pertama, dia mengejar saya agak jauh.  Kedua, dia mahu menolong sedangkan itu sudah waktu rehat.  Kalau dia tak mengejar sayapun, saya tak tahu dia ada di dalam, dan saya juga tidak bertanya dan tidak mendesakpun.  Kalau dia pilih untuk mendiamkan diri....dia tak salah pun.  Tapi dia pilih untuk membantu....bagi saya itu satu sikap yang sangat positif!  Sangat tinggi inisiatifnya.

Bayangkan jika ada 10 orang begini...atau 100 orang begini...dalam satu organisasi....

Saya juga tahu...Allah juga yang mempermudahkan urusan saya...alhamdulillah!

Sampai rumah, saya terus mengirim email kepada pengurusan kolej, memuji dan menceritakan "how much I impressed" hanya dengan bantuan sebegitu.  Saya mahu pihak pengurusan tidak terlepas pandang, walau ianya kecil tapi sangat signifikan di hati pelanggan.

Lagi satu, dalam kemelut akhlak dan peribadi muda-mudi kita yang celaru, masih ada yang sangat berbudi bahasa....

Anda ada pengalaman yang sama?

 

Saturday, October 6, 2012

Tidak berapa muda...

Dia tahu saya antara yang berkahwin awal, dan antara yang awal menimang cahaya mata.  Dia juga satu-satunya yang melawat saya selepas bersalin....23 tahun yang lalu.  Tapi selepas itu kami tidak berjumpa, tidak juga terputus hubungan....selama 23 tahun!  Walau terpisah, dia tahu anak saya tiga orang dan semuanya sudah besar...

Hari Raya yang lepas akhirnya kami bertemu semula.  Ketika dia mula-mula nampak saya, saya memimpin Aleeya, anak buah yang kebetulan saya menjadi "nanny" pada hari tersebut.  Adik lelaki saya dan isterinya sibuk menghadiri audition "Money Drop" di Mid Valley.

Dalam bersalam dan berpelukan, tiba-tiba terpacul soalan dari mulutnya.

"Eh...ni cucu you ke?"

Haaah?  (Dalam nada sangat "in-denial").
















Balik rumah...mengira-ngira uban di kepala...
Memang dah macam opah pun...

__________________________________
(By the way, I am not old, just not that young....defensive...defensive....hahah..)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, October 5, 2012

Hadiah special...ahaaa...

Saya tiba di airport dalam pukul 9.00 malam, dan hanya suami yang datang menjemput.  Amni yang rajin mengikut tidak turut serta.

"Eh...mana Amni?"  Saya bertanya, pelik juga...
"Kan ada Kumon malam ni..."
"Oh ya...lupa pulak!"

Kami terus ke Kumon mengambilnya.  Dari jauh sudah nampak dia tersengih-sengih walau hanya nampak mukanya dari lampu jalan.  Lepas bersalaman dan peluk cium, dia dengan nada sangat teruja memberitahu saya,  "Amni ada hadiah untuk ibu...surprise!"

"Ye ke...best nyer..."  Amni memang suka beri saya sesuatu bila saya balik dari out-station, paling kurang kad "Welcome Home" yang dibuatnya sendiri.

Sampai saja di rumah, dia naik ke atas mengambil hadiah tersebut...

Walah....tu dia....

Laaa....Buku Masakan....
Makanan Barat??!!!
Memangpun favorite dia...
Bagai ada yang tersirat dalam yang tersurat!






















Dalam tersenyum-senyum dia terus meng-order, "Ibu, esok buat Salmon dan Sos Oren ye..."















"Hari Sabtu yang ni pulak...Ahad sebelum pegi Batu Pahat, yang ini..."  Sibuk dia menyelak satu persatu buku masakan tu.

Kaki saya masih rasa berdenyut-denyut berdiri 8 jam sehari untuk 2 hari berturut-turut...esok kena berdiri lagi di depan dapur nampaknya...

Baru nak kata...kita pegi makan
kat kedai je ye...
Tapi bila tengok senyuman ni...
Hati jadi cair...





















Ada pulak yang menyampuk..."Salmon ada kat peti sejuk dah..."

Hmmm....berkomplot rupanya...